Saturday, 8 October 2016

JENIS TUDUNG YANG KURANG MENAMPAKKAN MUKA BULAT

Kisah seterusnya, mesti kite rase segan dengan muka kite yang bulat kan. Kalau keluar pun kawan-kawan akan cakap "eh pipi pau datang la". Malu giler wei... Tak tahu nak sorok muka kat mana. hmm... Satu hari time saya dok jalan-jalan kat mall, saya ternampak satu kedai ni jual tudung baru.. Saya pun cuba masuk. Alang-alang dah masuk, saya pun tanya dengan akak kedai tu. "Kak tudung ape yang sesuai untuk saya yang muka bulat ni??" Akak kedai pun terus bagi saya cadangan. Bile saya cube... Alhamdulillah dah kurang bulat sikit. Haha. Happy wei. Nak taw tak tudung ape yang sesuai??? 

First 
Jenis tudung bawal, ini kerana tudung bawal senang di bentuk dan bentuk nya akan bujur. Jadi seseorang yang mukanya bulat akan kelihatan bujur sedikit apabila memakainya. 

Second 
Memilih potongan inner lekap silang di dahi juga boleh menyembunyikan bentuk pipi yang lebar atau bulat. 

Third
Jenis tudung yang mempunyai awning lembut dan mencecah bawah pipi menjadikan koleksi ini istimewa dalam menguruskan wajah kite. 

Selamat mencuba ya.... 
love aienamir
TUTORIAL TUDUNG BRUNEI BY AIENAMIR

Assalamualaikum.... Here i'm back.... haha. Ok sekarangkan ramai giler artis dah berhijrahkan. Alhamdulillah syukur. Bile tengok artis kite yang bertudung sekarang, macam-macam style kan kite boleh tengok. Kalau boleh setiap hari satu style yang berlainan kite nak buat kan.  Haha biasa la perempuankan. Cerewet sikit tentang pemakaian. Tapi ada jugak lelaki yang pentingkan penampilan. Ada yang lebih cerewet dari perempuan pun ada kan. Tapi tak pela saya tak nak cerita tentang lelaki hari ni. Guess ape yang saya nak cerita hari ni??? haha tentang tudung wei... Biasa orang akan excited nak tahu tentang style tudung. Hari ini saya nak cerita tentang macam mana nak pakai tudung style brunei. Ala-ala Fazura gitu.  Style ni untuk tudung bawal je taw.

step 1
Pastikan anda mempunyai brooch seperti dalam gambar. Seterusnya pakai tudung seperti biasa. Pin brooch mengikut kelabuhan tudung yang anda ingin kan.

step 2
Masukkan bahagian hujung tudung sebelah kanan  pada bahagian B ke A brooch tersebut dan kemaskan.

step 3 
Masukkan bahagian hujung tudung sebelah kiri pada bahagian A ke B brooch tersebut dan kemaskan.

step 4
Ambil kedua-dua bahagian hujung tudung tersebut dan sematkan ke bahagian dalam tudung dan kemaskan. Siap.... 


Selamat mencuba....  

CARA UNTUK MATCH TUDUNG DENGAN BAJU 

Sesetengah orang kisah tentang tudung dan baju yang di pakai. sesetengah lagi tak. Tapi kite ni sebagai perempuan kene la pandai jaga kekemasan diri kite. memang la asal tutup aurat. Tapi kalau kita punya pakaian pelik pun akan buat diri kita malu dan diperhatikan orang jugak. Apa?? tak boleh berhias selain untuk suami??? jangan risau kalau nak melawa pun jangan la over sangat. haha. Biase-biase dah la. Asal kita tak undang perhatian orang lain. Betul tak?? 
okey... Jangan risau hari ni nak share cara untuk match tudung dengan baju. Kite kan perempuan, so mesti banyak baju kan. yang bercorak, plain dan macam-macam lagi. so saya nak share sedikit ilmu saya untuk match kan tudung dengan baju. 

1. Kalau baju kita bercorak, cari warna yang paling sikit kat baju kita tu untuk di jadikan sebagai warna tudung kita. so nanti baju kita akan naik warna nya. Tak de la nampak terlalu cerah. Contoh baju kita banyak warna merah dan kita pun pakai tudung merah. Mesti kita akan nampak merah je dari jauh. So akan menyerlah sangat. Jangan pakai macam tu tau. klo kita main tone colour kan  lebih menarik. 

2. Kalau baju kita bercorak kosong, pemilihan tudung kita mestilah yang bercorak. Jadi tak de la nampak kosong sangat. Kalau rase tak yakin nak pakai tudung bercorak, pakai la tudung yang kosong bahagian muka tetapi bercorak di hujung. Yang penting ada corak. Baru la kita nampak berseri. 

3. Kalau baju kita warna terang seperti merah, oren dan kuning atau gelap seperti biru tua, kita kenalah pakai tudung yang warna soft.

Tu je yang kite nak share hari ni.... Harap semua mencuba...         

Friday, 7 October 2016


CARA PENJAGAAN PIN TUDUNG

Sebagai seorang wanita kecantikan amat penting bagi mereka. Perhiasan yang menjadi pelengkap untuk setiap wanita. Termasuklah setiap aksesori yang kita pakai. antaranya seperti gelang, cincin, dan rantai. Tetapi mesti kita lupa bahawa setiap wanita yang bertudung aksesorinya ialah pin tudung. Seperti saya yang sangat pentingkan kekemasan, setiap apa yang saya pakai perlulah teratur dan kemas. Jadi setiap perkara akan saya titik beratkan. Seperti pin tudung atau sesetengah orang akan memanggil kerongsang atau brooch, saya akan jaga setiap pin tudung saya dengan baik. ini kerana sekiranya pin tudung saya yang mempunyai batu atau manik akan sering tertanggal dan aksesori tersebut akan kelihatan tidak sempurna.

Pada suatu hari, saya ada terbaca satu article yang berkonsi tip untuk menjaga pin tudung yang mempunyai batu atau manik. Setiap pin tudung yang mempunyai batu dan manik boleh dijaga dengan menggunakan pengilat kuku yang jernih. Saya terus mencuba dan ianya menjadi. Pada hari itu, saya merasakan dunia saya telah kembali cerah kerana masalah yang saya alami akan selesai. 

Hasil kajian saya, pengilat kuku ialah sejanis liquid yang digunakan untuk mewarnakan kuku seseorang. Ciri-cirinya likat dan tahan lama. Jadi pengilat kuku akan memelihara texture sesuatu benda. Seperti pin tudung, kita hanya perlu sapu pengilat kuku tersebut pada tepi-tepi batu. Setelah itu, pin tudung perlu di biarkan sehingga kering kerana pengilat kuku ini akan bertindak menjadi seperti gam untuk mengikat kedudukan batu atau manik tersebut dengan besi pin tudung. Pengilat kuku ini tidak akan mengganggu texture pin tudung kita. Tetapi ia dapat mengekalkan kedudukan batu tersebut. so no more pin tudung yang cacat lagi. so kita akan rasa yakin dengan apa yang kita buat kerana masalah pin tudung cacat tiada lagi.      

TIP UNTUK ELAK BAJU COTTON KITE KECIK

Baju cotton skarang mencecah harga ratusan ringgit. Tapi kita beli jugak kan walaupun mahal. Sebab ape?? Sebab kain die yang selesa dan sejuk untuk ke mana sahaja. Biasanya kain cotton orang akan buat baju kurung atau kurung modern. Biasanya student dan wanita yang bekerja akan pakai baju kurung cotton. Tapi perasan tak?? time kite nak beli baju kurung cotton kat mana-mana kedai, time kite cube baju tu kena dan cantik kat badan kita. Orang kata sempurna la kate kan kat mata kita. Haha Tapi bila sampai je kat rumah kita pun exited basuh. Esok nak pergi kerja kite mesti menjerit punya. "laaa nape x muat pulak ni!!!! ak gemok ke baju ni kecik????". Haha nak tahu kenapa???  Kain cotton biasanya confirm akan kecut lepas basuh. So ni tip untuk elak baju cotton kita kecik atau kecut:

1. Kalau kita nak beli baju yang dah siap, pastikan kita beli baju yang saiz nya lebih besar dari saiz baju yang biasa kita pakai. Sebab setelah basuh kain cotton akan mengecil 1% ke 5% dari baju tersebut. So ambil la saiz besar sikit ok??  

2. Kalau kita nak beli kain baju cotton yang belum siap, lepas beli kita balik dan rendam kain tersebut dengan air biasa selama sejam ke empat jam. selepas itu angakat kain tu dan sidai. Setelah kering baru la kita boleh tempah kain cotton kita kat tailor. So baju kita tak kan kecut lagi da. 

3. Kain cotton ni akan mudah melekat pada badan kita. So nak elak baju kita nampak ketat atau kecik, kita kne pakai baju cotton yang saiz besar sedikit. So tak de la nampak bentuk badan.  

Saya dah cuba semua tip di atas dan Alhamdulillah selesai masalah saya.